Error
  • JFolder::create: Could not create directory

Personality Trader - Penting

get to know yourself....

 Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman setelah berkecimpung dalam bidang latihan "motivation", "human psychology", NLP dan bermacam macam lagi latihan dan "human development". Setelah berkecimpung dalam forex trading and training, saya dapat me"relate"kan banyak perkara bekenaan "individual personality" and "character" dengan cara seseorang itu trading.
Ramai yang impikan hidup dengan "freedom" masa, kewangan dan "stress free" daripada politik ofis dan rutin harian yang membosankan. 
Maka, ramai yang berjinak-jinak dengan bidang forex, dengan tanggapan FOREX boleh menjana kekayaan dengan cepat, shortcut untuk kejayaan dan kebebasan. 

Hendak saya katakan tidak benar, tak boleh juga, sebab ada yang berjaya dalam masa singkat dengan "forex" ni, tetapi, majoriti daripada forex trader berusaha separuh jalan. Apa yang saya nampak sekarang ni.. ramai yang pernah menang "kow kow punye", tetapi akhirnya kecundang.. ada yang terus berkubur bersama impian hendak menjadi " trader full time". 

di manakah silapnya?
adakah teknik?
adakah forex itu sendiri susah?
adakah pasangan "pair" yang dipilih?
adakah modal terlalu kecil?

mari kita bersama-sama kaji..
my friends, FULL TIME TRADER is not just a dream. It is a reality and it is achievable. 

Daripada pengamatan saya, ramai trader tahu teori. Dah pergi coaching dengan "guru power2". Bayar yuran beribu-ribu untuk kelas, apa yang lacking dalam trader itu bukan lagi skillss, tetapi "character" trader itu sendiri yang menjadi batu penghalang "CONSISTENCY" untuk menang.

Kita bukan nak jadi trader yang sekali makan besar, lepas terus tak boleh makan dah. Apa yang kita perlu ada adalah "consistency". dalam bahasa melayu dia "konsisten" hehehe....

Saya bukan nak bermegah, malah saya juga pernah dan masih mengalami kerugian. ada kalanya sampai 2-3 ribu USD cut loss bila musim lot besar. hehehe... semua itu adalah pengajaran bagi saya dan pengalaman yang terlalu berharga untuk dikongsi bersama.

Actually
The best way to learn is from others experience.not from our own experience so that we do no have to go through the bitterness of being a loser in trading.

Two person with similar method, similar capital,similar trading plan, similar age, similar pair, all things being equal, yet we are seeing variation in trading result. 
Apa yang menjadi punca utama kemenangan or kegagalan trader tersebut?

Jawapanya senang sahaja, 
"HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO EVERYTHING"

it's personality trading!!

There are 4 major personality in a human being.

1. Choleric / Dominant

2. Sanguine / Influencer

3. Phlegmatic / Steady 

4. Perfect melancholic / Compliance

DISC_Quadrant

Each personality has each own strength. no a single personality is better than the other. Kita ade semua ni. cuma ada personaliti yang lebih "apparent" terserlah dari yang lain. Pertama sekali, amat penting untuk kita mengenali diri kita sendiri, supaya kita dapat menyesuaikan diri kita mengikut kesesuaian personaliti pada masa-masa yang sesuai.

Sebelum kita pergi jauh untuk mengaplikasikan 4 jenis personaliti ini.
mari saya cerita sikit sebanyak apa ciri-ciri dan perangai setiap personaliti di atas.


1. CHOLERIC atau DOMINANT

Kebaikan: ciri-ciri seorang ketua. Sangat cepat membuat keputusan, sangat hebat membuat longterm plan, tegas, hati kering, tidak fikir apa orang kata. " i follow my own rules" attitude. Tidak cepat putus asa, berusaha sehingga result yang diingini tercapai. 
fast decision maker, tegas dengan keputusan sendiri, tidak mudah untuk "influence" orang "dominant" ni. (kalau pada wanita yang banyak "character" ni bahaya arr...hehehe...) 

Keburukan: Pentingkan diri (self centered), suka mengarah, cepat marah, kurang sabar, "poor in execution". Orang melayu kata “cakap je lebat”, bila buat hancur. Terlalu banyak idea sampai otak jadi tak ada "proper filing".

Selalunya orang ini berpandangan jauh, penuh dengan "vission and mission". 

2. SANGUINE atau INFLUENCER

Kebaikan: - Ciri ciri penghidup and penyeri suasana. Happy go lucky, selamba, kadang -kadang kelakar, peramah, boleh jadi PR (public relation) officer. boleh join group apa saja. Tak tau malu, "hantam saja" attitude. hati kering jugak ni.

Keburukan: - Bertindak melulu, terlalu reactive, cepat melatah, gelojoh, suka ikut rasa.

3. PHLEGMATIC atau STEADYNESS

Orang steady ni mmg tenang, very patient, very relax.. humble, nama pun steady....

Kebaikan :- Character steady ni dari segi loyalty, dari segi relationship, frendship, business or even life.. memang jenis penyayang and concern. Pendengar yang baik (very good listener). Sanggup berkorban untuk orang lain. Kalau dalam group of kawan-kawan yang tengah "mengeteh" di kedai mamak, orang steady ni biasanya senyap, senyum dan layan gelak kat lawak-lawak orang sanguine. Depa yang steady ni suka guna perkataan "tak pe lah". 

Apa keburukan dia? : Character ni selalunya membuatkan orang itu menjadi slow, jadi banyak fikir, selalunya sanggup mendahulukan orang lain dari diri sendiri. Orang steady selalunya mudah "retreat". Putus asa dan cepat rasa diri kurang dari orang lain. 

Dari segi forex, this character akan dapat menolong dari sudut kesabaran tu. dari sudut relax and calm.. dan humble untuk belajar, belajar, belajar dan belajar.Apabila trade, orang steady and cuba "follow" orang lain, untuk confirmation, sebab dia perlukan "sense of security". Kalau apa yang dibuat oleh orang lain, most likely dia tidak akan take the post, or, simply followapa orang tu buat. 

biasanye orang SANGUINE and CHOLERIC memang "terer" bab suruh orang jenis ni  "follow" dia. hehehe..

Lagi, sebab selalu sangat dengar cakap orang, follow tanpa proper analysis.. "kantoi" le.
kadang kadang terlalu takut nak open post, sampai lambat masuk, bila masuk, market dah kat ujung. pastu reverse. bila dah "floating", org steady ni payah nak "cutloss".. sebab sayang  ke duit. lepas tu banyak salahkan diri (self blaming) and sudahnya, berhenti trade. hehehe..

4: COMPLIENCE or PERFECT Melancholic.

Haa...yang ni menarik juga ni. orangnya pun "relax". Sama macam STEADY, very analitical, very discipline, very quiet. Penyabar juga ni. biar lambat asalkan selamat punya orang. Hidup orang complience ni teratur, tersusun, ada schedule. Good money manager. semua "debit credit" dijaga. Pakaian di pilih rapi, diseterika "cun cun", lipat baik-baik.., kereta bersih sentiasa. tak ada semak, "sampah" dalam kereta. semua tersusun rapi. 

Yang tak berapa menarik, sebab terlalu nak analyse and nak "confirm"kan decision dengan segala jenis analisa, sudahnya terlambat "decide". Dalam apa jua benda. kalau "shopping", sampai "made in" mana pun nak tengok, kain jenis apa, ade bulu-bulu benang terkeluar ke, "test" berbelas-belas pasang baju sudahnya tak beli. Bila datang balik, orang dah "kebas". 

Dari segi trading, this character bagus untuk "counter" the dominant and sanguine. Sebab kita perlukan "solid reason why we must take that position". but just do not over-analysed it. yang jenis complience ini lah yg sentiasa "test" indicator baru, campur aduk all the system sampai diri sendiri tak tau nak follow yang mana satu. Use the "pro" side of the personality, analyse and study specific methodology sampai betul-betul faham ke akar umbi. then only do the variation
orang complience ni disiplin, survival dia dalam forex memang lagi lama berbanding dengan personaliti yang lain. Sebab dia berhati hati.


Jadi, adakah anda Dominant? Complience? Influencer?  atau Steady? 

hati-hati dengan pemikiran kita, as it might become speech,
hati-hati dengan kata-kata kita, as it might become action,
hati-hati tindakan kita, as it might become habit,
hati-hati "habit" kita, as it might become character... 

Apa yang kita selalu buat, ia akan jadi "habit"..
bila dah jadi "habit", susah laa.. "we are becoming what we are consistently doing over and over"..

Ok, dalam kehidupan seharian, cuba perhatikan gerak geri kita, tindakan kita, pemikiran kita, perancangan kita dan cara kita melakukan sesuatu.

Adakah kita rancang sesuatu yang kita buat?. Contohnya, hendak makan tengah hari dan membeli barang runcit. Adakah kita ke pasaraya Giant untuk beli dan makan?, atau kita ke restoran di tempat lain dan selepas makan baru fikir hendak beli barang di mana dan memandu ke tempat lain untuk membeli barang?

Adakah duit anda tersusun dalam wallet anda?
Adakah anda simpan syiling anda di tempat yang dedicated?
Adakah anda mempunyai proper planning financially?
Adakah anda kemas katil selepas bangun tidur?
Adakah anda kemas kereta anda? basuh setiap minggu atau lebih kerap?
Adakah anda record perbelanjaan?
Adakah anda disenangi oleh rakan-rakan?
Adakah anda selalu bershopping sakan?
Adakah anda suka berkaraoke?
Adakah anda suka melepak dengan rakan-rakan?
Adakah anda suka bercerita atau mendengar cerita?
Adakah anda suka movie thriller? romantic? sci fi? horror? or comedy?
Adakah anda suka memakai pakaian warna terang?
Adakah anda suka memakai warna earth tone?

We can tell a lot from one inclination towards somethings.

Ada banyak lagi soalan-soalan yang membuatkan kita sedar siapa kita.
Ini adalah penting kerana segala gerak-geri kita, tindak-tanduk kita, keputusan kita bila kita "open post" dalam trading adalah bergantung kepada siapa kita sebenarnya.

orang dominat trade differently,
orang complince trade differently,
orang influencer trade differently,
orang steady trade differently.

Walaupun mereka menggunakan system dan method yang sama, result trading adalah amat berbeza sekali..

Cuba Fikirkan dan renungkan, golongan manakah diri kita ini?

"Perfect trader" memerlukan keempat-empat "character" dan personaliti dalam keadaan "BALANCE" untuk berjaya, ini keran 4 personaliti ni akan "audit each other" dan ambil kebaikan sahaja.

Kalau kita "aware and alert" kepada kelemahan dan kekuatan pada setiap personaliti ini dan kita tahu siapa diri kita, insyaAllah, pakai "moving average system" pun boleh untung.


by: Lukpayat

Trading Psycology  adalah sebahagian dari silibus di Oasis W B


"remember.. the market is always right.. " 

Oasis Wealth Builders Sdn. Bhd. (901084-K)
45-2, Jalan Cecawi 6/33, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Telephone: +603-61505605
SMS Only: +6019-6551028
GPS Coordinates: Lat : 3.162100, Long: 101.581850